Salam Damai semua belia,
Leukemia, Talasemia….dan banyak lagi jenis penyakit darah. Berapa ramaikah saudara kita, kawan kawan kita ataupun orang orang di sekeliling kita yang memderitai penyakit ini? Sejauh manakah kita sebagai belia yang sihat ini menyedari penderitaan mereka? Cukupkah dengan hanya menyatakan “God Bless you!” kepada mereka?
Setitik darah boleh memberi hidup kepada yang mereka memerlukan. Saya rasa belia kita boleh membawa banyak peranan dalam merealisasikan impian mereka untuk hidup normal seperti kita semua walaupun tak senormal kita.
Oleh itu, apa kata kita tubuhkan satu persatuan belia untuk membantu mereka?
Kita namakan “Catholic Youth Blood Donor”…atau ada nama yang lebih sesuai.
Tujuan: mencari/ mengumpul dan mendaftarkan para belia yang sanggup menjadi penderma darah.
Since kita telah diselamatkan oleh Darah Suci Yesus, apa kata kita sebagai belia sanggup memdermakan darah kepada mereka yang sangat memerlukan. Dengan ini kita akan dapat merasai kehadiran dan penderitaan Yesus di wajah setiap pesakit (SYD1) dan seterusnya dengan kesedaran ini kita akan menjadi saksi Kristus dalam kehidupan kita (SYD2). Bukankah niat kita ini suci?
Saya sangat berharap pusat belia kita mengambil sedikit perhatian tentang cadangan ini. Jadikan ini salah satu hasil dari aktiviti seperti SYD.
Regards,
Si Popcorn, The O+ Blood Type